JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA ( JPAM ) NEGERI SABAH

 —
Rating
Likes Talking Checkins
109 371
About PENGGERAK GELOMBANG KESUKARELAAN - Sertailah Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia. Untuk Maklumat Lanjut, Sila Layari Laman Web Rasmi JPAM di http://www.civildefence.gov.my . Untuk Mendaftar, Sila Klik http://sispal.civildefence.gov.my. TERIMA KASIH
Description TAKRIF PERTAHANAN AWAM

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.

SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.
Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.
Mission MOTTO " SEDIA- PANTAS - BERINTEGRITI "

VISI

Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.

MISI

Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.

OBJEKTIF

Mengurangkan Risiko Akibat Bencana:-
» Latihan kepada Orang Awam
» Sistem Amaran Bencana
» Pusat-pusat Perlindungan

Respond Kepada Bencana :-
» Menubuhkan Pasukan-pasukan (First Responder)
» Perkhidmatan Kecemasan

Pemulihan.
» Pembersihan
» Pembangunan Semula
» Kaunseling

FOKUS STRATEGIK

Meningkat dan memperluas perkhidmatan kecemasan yang cekap, berkesan dan profesional.

Meningkat dan memperluas kerjasama dengan Agensi-agensi Kerajaan, Swasta, NGO, Kepimpinan Peringkat Negeri, Daerah dan Institusi-institusi Latihan dalam program-program Pertahanan Awam.

Mewujudkan program-program latihan yang seragam dan diiktiraf.

Mengadakan program-program latihan Pertahanan Awam yang berterusan kepada Anggota Angkatan Pertahanan Awam.

Mewujudkan sekumpulan jurulatih profesional yang mempunyai kemahiran-kemahiran khusus dalam pengurusan bencana (Menyelamat, Paramedik, Kebombaan dan Akuatik).

Merancang dan membina pejabat-pejabat baru di tempat yang strategik supaya perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.

Meningkatkan penggunaan ICT dalam Pengurusan Angkatan dan Bencana.

Mempromosikan Pertahanan Awam melalui media elektronik, media cetak dan aktiviti-aktiviti pertahanan awam bersama masyarakat.

Memperluas Perkhidmatan Pertahanan Awam daripada semasa kepada sebelum dan selepas bencana.

Melibatkan pegawai tetap dan anggota sukarela di dalam setiap aktiviti Pertahanan Awam.

NILAI DAN TERAS

Cekap dan Tepat
Berdisiplin dan Bertanggungjawab
Kerja Berpasukan
Berkhidmat Dengan Ikhlas
Phone 088-264161 , 088-264162 Fax : 088-264160
Web site http://www.civildefence.gov.my
Share

Reviews and rating

Avatar
Rate this government organization