Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas

 —
Rating
Likes Talking Checkins
8 0
About " SMTPM Sebagai Wadah Bagi Merealisasikan Sistem Pendidikan Teknikal Untuk Melahirkan Tenaga Mahir Teknokrat Demi Memenuhi Aspirasi Dan Keperluan Negara Menjelang Tahun 2010." Quote: Visi Sekolah. Hubungi admin via: http://bit.ly/cO4k5C
Description Sekolah ini di tubuhkan pada 1 ogos 1988 dengan nama Sek. Men. Vokasional (Perdagangan) Bunut Susu. Bangunan sekolah ini asalnya ialah kampus Politeknik Kota Bharu mulai tahun 1984, dan berpindah ke Kok Lanas pada julai 1988 apabila kampus tetapnya siap dibina.



Penubuhannya bermula dengan perlantikan pengetua yang pertama pada 1 Ogos 1988 dan diikuti dengan penempatan seramai 13 orang guru dan 5 orang staff sokongan pada tahun 1989.



Pada 20 Januari 1989, seramai 144 orang pelajar tingkatan 4 kumpulan pertama mendaftar di sekolah ini. Pelajar-pelajar ini datang dari seluruh Semenanjung Malaysia mengikuti 2 kursus yang ditawarkan iaitu Pengurusan Pejabat dan Pengurusan Peniagaan.



Pada tahun 1996, bilangan pelajar telah meningkat kepada 356 orang, dengan jumlah guru 37 orang dan staf sokongan seramai 12 orang.



Pada tahun 1997 sekolah ini telah dinaikkan tarafnya dan ditukar daripada SMV(P) kepada Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas.



Selaras dengan naik taraf, Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas menawarkan 2 aliran iaitu Aliran Teknikal dengan kursus yang ditawarkan ialah Perdagangan dan Aliran Vokasional pula menawarkan kursus Pengurusan Perniagaan. Bilangan pelajar juga telah bertambah kepada 381 orang.



Pada tahun 2000, kursus Aliran Teknikal yang ditawarkan telah bertambah menjadi 4 kursus iaitu kursus Perdagangan, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik, manakala Aliran Vokasional ialah Pengurusan Perniagaan.



Kursus yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas telah meningkat dari setahun kesetahun: Pada tahun 2004 kursus Aliran Vokasional iaitu, Pengaturcaraan Komputer ditawarkan, diikuti kursus teknologi Pengurusan Pejabat pada tahun 2007 dan kursus Setiausaha Rendah pada tahun 2008.



Pada Tahun 2009, kursus yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas untuk Aliran Teknikal dan Vokasional kekal, dan ditambah dengan 3 kursus Aliran Kemahiran (SKM) iaitu Pelukis Plan Seni Bina, Pelukis Plan Mekanikal dan Juruteknik Rendah elektronik Industri – Peralatan.
Mission Membangun potensi pelajar melalui pendidikan berkualiti dan budaya kerja cemerlang bagi melahirkan modal insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.
Phone 09-7198622
Web site http://www.smtpasirmas.edu.my http://tekadmas.pkgemilang.com/
Share

Reviews and rating

Avatar
Rate this school